I guess that the older generation can read the writing but what about us, the younger generation? I want to show you all about this concerned Professor from Korea:
Then, Chairman of the Office of library and Information Sciences, Universiti Sains Malaysia, Dr Wan Ali Wan Mamat said that the government in Ministry of Education still use Jawi in one subject at primary and the high schools, however this is still not sufficient. Then, he said that the private parties also should do something in order to prevent the extinction of this writing, (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_51.htm).
I really interested about this. Did you all know that "jawi" is one type of unique writing? I hope that government should do something about this such as do some CAMPAIGN in order to expose the public about this writing. Malaysia rich with lots of heritage and why do not us, the Malaysia do something in order to preserve it?
Last but not least, ويلچومي تو ماي بلوݢ....
Last but not least, ويلچومي تو ماي بلوݢ....
PS: I realized that there are lots of jawi writing in the middle of Kuala Terengganu, did you all realized it?
ingtkan jawi tuh yang jabatan agama ape tah... hehe
ReplyDeleteyup.. in fact banyak kedai & signboards di Tganu ni masih gunakan tulisan jawi walopon terdapat tulisan rumi...
ReplyDeletesetuju sangat2... tulisan jawi patut terus diajar walopon bukan sebagai subject utama...
setuju...tulisan jawi semakin dilanda kepupusan..reason being dlm subjek pembelajaran sekolah pun semakin berkurang...
ReplyDeletemungkin diajar di KAFA(kelas agama fardhu ain) namun rasanya tak semua sekolah ada kafa dan ianya tak diwajibkan...
Bahan bacaan dlm jawi pun semakin berkurang dan semakin kurang mendapat sambutan...sayapun dah lama tak praktis menulis jawi...
Malunya bla tgk artikel tu. Org Korea pulak dok risau lebih. Kita Malaysian ni rata2 beragama Islam wat tak kisah ja
ReplyDeletekesian dengan anak melayu sekarang. Ade juga jenis yang tak pandai membaca jawi. Kalau jawi pon dh x bole nk baca bagaimana mereka nk membaca al-quran yee???
ReplyDeletePersoalan nye sekarang, siapa yang sepatut disalahkan?? diri sendiri atau pon siapa????
yup..saya pun belajar jawi masa sekolah rendah agama dulu.
ReplyDeletesekolah menengah pun tak berapa banyak guna jawi walaupun subjek pendidikan islam.
dekat ipt tak pyh cerita lah.
kan semuanya lebih pentingkan penguasaan bahasa inggeris?
macam mana pun hal ini terpulang pada diri sendiri.
saya adalah salah seorang yang menyokong tulisan jawi.
Alhamdulillah , saya masih mampu
membaca dan menulis dengan baik walaupun ianya tidak saya gunakan sebagai bahasa penulisan mahupun bacaan harian.
:)
igtkan tdi nk citer sal 'masuk jawi'.. or berkhatan.. hihi..
ReplyDeletekalo nk baca kawi, pegi blog karaukord jagausss.....(^_^)
entend lah sampai sek. menengah kan. baru lah tak lapuk. ;)
ReplyDeletehuhu..xramai lagi yang masih fasih berbahasa jawi..smlm baru g berjalan ke pantai timur..memg masih bnyak lagi signboard bahasa jawi..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ayuni...
ReplyDeleteSangat setuju.. Pengunaan tulisan jawi telah lama dipinggirkan sebagai mata pembelajaran di sekolah, menyebabkan lebih 90% orang yang tidak tahu untuk membaca dan menulis JAWI terutama sekali dalam era moden sekarang nie...
Ada juga surat kabar yang menulis dalam bahasa JAWI, mungkin ini adalah satu pendekatan yang baik untuk memupuk minat pembaca untuk lebih fasih dan lancar dalam bacaan dan penulisan jawi..
marilah sama-sama memikirkan cara yang terbaik untuk menaikkan Penulisan JAWI.. Apa kata anda?
Sekadar pandangan sha jer..
terima kasih..
Good entry!
ReplyDeleteBelajar menulis dengan tulisan jawi salah satu inisiatif juga untuk kita tahu sebut & belajar bahasa arab. Disamping dapat mengenali huruf2 hijaiyah iaini huruf yang ada di al-quran walaupun terdapat sedikit perbezaan. InsyaAllah, moga generasi kini juga tidak ketinggalan utk mempelajari tulisan jawi. Harap ia tidak pupus ditelan zaman....
akk pun lama dah tak baca jawi dik...ngeeee..jarang dah jumpa artikel tulisan jawi..huhu.
ReplyDeleteas salam..memang..tulisan jawi ni dah semakin dilupakan..ni tak boleh jadi..memang, zaman sekarang bahasa inggeris, bahasa melayu n bahasa2 lain banyak digunakan dalam pembelajaran dan bidang pekerjaan..tapi jawi n bahasa Arab adalah bahasa Syurga..apa macam??..rasanya dah ramai pelajar kebanyakaannya tak reti baca jawi..nak mengaji pun, kena bertatih dari awal..kesian..
ReplyDeleteTerasa malu pula bila lihat artikel tu. Orang lain yang tak tahu agama mereka apa pulak yang risau yang kita rata2 beragama islam langsung x fikir dan risau soal ini...
ReplyDeletesetuju..pembelajaran bahasa jawi harus diteruskan dan tidak seharusnya dipinggirkan begitu sahaja. sy pun seingatnya belajar jawi ms sek ren je. mujur sy boleh baca dan faham jawi sbb masa tu ustazah sy sgt tekankan supaya biar pandai&lulus jugak bahasa jawi. apa yg sy perhatikan budak-budak skrg agak kurang mahir bahasa jawi.mungkin kerana terlalu titikberatkan bahasa inggeris.
ReplyDeletekebetulan! zuan currently dlm projek develope apps tuk ajar membaca jawi
ReplyDeletesetuju.. kalau kat kelantan, tulisan jawi wajib untuk semua pengiklanan, macam signboard, banner n etc.. nak elak dari pupus mcm tu je.
ReplyDeleteassalmualikum adikku ayu
ReplyDeletesubhanallah...
rasa terpinggirnya diri ini..
yalahkan..
terang2 kita y agamanya islam boleh pandai sebelah mata terhadap bahasa jawi..
\walahemah.. masa sekolah agama (7 tahun bersekolah agama)
terima kasih atas entry ini..
buatkan diri ini sedar betapa negara lain memandang tinggi bahasa tersebut
sgt setuju!!!!
ReplyDeletekita perlukan semua pihak bekerjasama utk menjaga warisan tulisan jawi ni. sya pn x sure kat skola rendah ada ajar lagi x tulisan jawi ni.
ReplyDeletekalau pupus mmg syang...belajar bnda ni pn bukan susah...peranan media paling penting, diorang kena highlight benda2 camni...
kita pun kena bantu juga untuk uar-uarkan benda ni...tp kita kena cari lebi byak info utk support kita & utk org tertarik dgn isu ni~
wallahualam~
saya dibesarkan dalam persekitaran yang mementingkan jawi. pembelajaran jawi tidak hanya dititikberatkan di dalam sekolah rendah semata2. Alhamdulillah, emak ayah saya menghantar kami adik beradik ke sekolah rakyat. kami menambah ilmu pengetahuan tentang jawi di situ.
ReplyDeletezaman sekarang memang sudah canggih. namun pengetahuan tentang jawi sedikit terkebelakang. kadang-kadang terlampau mengejar tulisan rumi sampai mengabaikan tulisan jawi.
rasanya kementerian pelajaran sudah melakukan usaha yang baik dengan menerapkan jawi dlm pembelajaran anak-anak di sekolah. moga dengan usaha ini, anak-anak boleh mengenal huruf jawi.
apa kata kita guna Utusan Melayu Jawi untuk pembelajaran bersama. lebih menarik kan?
dill.
jawi makin ditinggalkan.... for me , it's just a simple learning...... one word mean a lot... perbanyakkan penggunaan jawi dlm urusan seharian......kata nama jln, nama kedai, nama tempat.... tak salah kalau diletakkan tulisan jawi....
ReplyDeletekalau dah hari2 pandang , mesti boleh ingat....walaupun kechik aja tulisan nya..... ia tetap satu pembelajaran.....mungkin kita boleh ambil contoh kat kelantan......remy mungkin tak pernah kesana, tapi pernah terjumpa pic dlm google.....
x dinafikan pembelajaran sekarang sgt dipengaruhi arus kemodenan hingga menyebabkan kepentingan mempelajari jawi diketepikan..tp soal kemodenan tidak harus dijadikan alasan kerana ini soal warisan..untung kita yang terdahulu punya byk peluang~
ReplyDeletemudah2an warisan ini terpelihara & terus berkekalan~
kelakar bila org korea yang bimbang pasal jawi. bukannya orang melayu sendiri. jawi patut dan mesti dikekalkan..
ReplyDeleteAssalamualaikum cik Ayuni...
ReplyDeletePada pendapat RC...
Kepupusan tulisan jawi memang ada benarnya...
Fenomena ini tidak seharusnya dipandang remeh saja...
Secara realitinya, orang yang tidak faham tulisan jawi akan sukar membaca al-Quran...
kerana tulisan jawi menyerupai bahasa al-quran iaitu Bahasa Arab...
Masya Allah...
Jangan biarkan tulisan jawi hilang begitu sahaja di mata dunia...JANGAN sesekali-kali!
Dulu...tulisan jawi digunakan sebagai tulisan yang digunapakai dalam semua urusan rasmi dan tidak rasmi di nusantara.Tapi kini???
"Walhal selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini. (Dipetik daripada UPSI's blog)"
Sehubungan dengan itu, RC sangatlah menyokong tindakan memartabatkan semula bahasa jawi di persada dunia agar generasi pada masa ini mengenal tulisan jawi sekaligus tahu membaca al-Quran..
Insya Allah...
satu perkara yg sgt jelas ialah, penggunaan bahasa jawi tu sendiri yg semakin dipinggirkan dik. tu yg kesian smpi budak2 skrg pun bukannya suka sgt bljr jawi. bljr pun sbb terpaksa sbb penekanan kpd bahasa ini sgt kurang. diharap govt blh bg penekanan utk bahasa ini dikekalkan
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteFor me this issue we can't run to related with education that trained us just to know, learn and study Jawi during primary school.
Malaysia education more focus on examination than application in real life, called as authentic assessment.
there are many factors include in this cases, hopefully we can keep alive the legacy of Jawi!
memang pun. learnt jawi at school. kalau tak ada jawi kat school tak tahu la. but then, my father can still write jawi. cuma new generation ni je la yang tahu baca jawi tapi kurang mahir menulis. we depends pada yang sekolah agama kan? betul tak? nasib baik jugak utusan ada keluarkan section khas untuk dalam jawi. tp bukan ajar kita tulis jawi. cuma bagi pandai baca je.
ReplyDeletepatut implement jugak la how to write dalam jawi. bukan setakat tahu bc tp tak tahu menulis.
wow! amazing idea. So come to learn JAWI
ReplyDeletenice dear ;-)..satu persoalan yang bagus..sekarang kita bahasa jawi dah pupus.generasi muda sekarang kadang2 nak baca pun dah tak tahu..huruf pun dah tak kenal.memang perlu ambil satu alternatif agar bahasa ini terus tak hilang..ayu dulu sangat suka tulis jawi sampai sign pun nk jawi..bla tak praktis skrg nk tulis pun dah tak pandai.huhu
ReplyDeleteSetuju..!
ReplyDeleteyang peliknya, orang korea sanggup kaji tapi arang kita ni buat apa?
ya aku ada baca tentang profesor dari Korea nih bagaimana dia begitu kagum dengan penulisan jawi dan terus mendalami tentang jawi.
ReplyDeletebagi aku sudah agak terlewat untuk Malaysia dalam memberi kesedaran betapa uniknya tulisan jawi ini dan dijadikan sebagai satu model kepada pendidikan di Malaysia. Kebanyakannya yang berminat hanya secara individu.
Salam Ayuni :)
ReplyDeletemmg di peringkat sekolah rendah ada diajar subjek jawi, tapi selepas keluar dr alam persekolahan pengetahuan sedia ada tu mungkin tak dipraktikkan sebab tak ada medium untuk diaplikasikan dalam dunia sekarang ni.. Bila tak dipraktikkan, lama kelamaan ilmu tu mungkin akn lupus dr ingatan juga.. mmg dancam 'kepupusan' nih
tulisan jawi memang semakin berkurang dan saya percaya tak ramai yang pandai baca jawi..
ReplyDeletesemoga tulisan jawi tidak pupus begitu sahaja sebab ianya merupakan salah satu lambang kesenian melayu dan islam...
jadi,we and government should make sure agar tulisan jawi tidak pupus begitu shaja :)
Actually jawi for me is a traditional malay writing. I know some of us doesn't know how to read or write jawi. And don't be shock if I say some of older generation doesn't know about it too.
ReplyDelete-For me as a new generation, if we attend Islamic religious school we can know jawi as good as we know others.
-So, if we got child, please teach them or send them to Islamic religious school as young as possible.
-Government should pay more attention how to make it more interesting about it. As we know, we got 'bulan bahasa'. so maybe they can arrange 'bulan jawi'.
-Television station also must take part about this. I know that one of our countries channel have a program learn jawi for kids. But it's not enough. Maybe they should do just like song contest.
honestly, I'm really sad that jawi not like others writing.
rasanya pihak kerajaan banyak dah buat aktviti yang melibatkan tulisan jawi namun kesedaran patut wujud dalam diri sendiri
ReplyDeleteAssalammualaikum ...
ReplyDeleteSemua ni sebenarnya atas kesdaran bersama rasanya. Kena ada kerjasama dari generasi muda dan veteran.
Kalau generasi veteran sibuk melakukan pelbagai usaha untuk memartabatkan kembali tulisan jawi, tapi generasi muda masih lagi sibuk dengan budaya K-POP dan sibuk nak mempelajari bahasa luar pun, takde gunanya. Hurrrmmmmm ...
Akak pun dah lama tak membaca dalam tulisan jawi .. Kalau sesekali nak baca, merangkak la jugak .. Ahaksss
P/S : Comelnye gambo dak nek vespa tu .. suka sgt ! ^^
Assalamu'alaikum Ayuni.
ReplyDeleteMula2 kakcik nak komen tulisan jawi yang Ayuni tepek tu - guna translator atau taip sendiri? Dah jadinya : WELCUMI TU MAI BLU! hehehe...
Memang sayang bila tulisan Jawi seakan dipinggir (atau disingkirkan?). Sedangkan Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan jawi (tulisan jawi bukan bermakna Arab atau Islam - jangan silap, ya?.
Sama seperti tulisan lain - Tamil atau China - ianya sekadar huruf. Walaupun begitu, Al Qur'an yang dibaca dalam tulisan selain tulisan jawi mungkin akan membawa kepada sebutan dan makna yang berbeza. Oleh itu, adalah amat rugi jika kita sendiri meminggirkan tulisan jawi yang sepatutnya dimartabatkan sebagai warisan agung lagi utama.
kalau dahulu secara amnya, sesiapa yang belajar agama dia akan secara langsungnya belajar bahasa jawi. kerana guru guru pada zaman dahulu menggunakan bahasa jawi sebagai medium pembelajaran.
ReplyDeleteLain pulak sekarang di mana belajar agama dan belajar jawi di anggap sesuatu yang tiada berkaitan.Malah ada yang menganggap belajar jawi tu kolot.dan belajar bahasa barat lebih baik.
Tambahan pula, jika pelajar yang ingin mengikuti kelas KAFA pula tidak di kenakan syarat wajib.
bila tiada tekanan dari pihak tertentu makanya ada segelintir ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak anak mereka ke sekolah KAFA untuk mendalami ilmu agama dan jawi.
Ada suratkhabar tulisan jawi, tapi jika rakyat tak tahu membaca ia adalah satu pembaziran. betul tak?
percayalah mengenali huruf huruf syurga ini dan membaca atau menulis jawi tidak susah sebenarnya.
jawi adalah sesuatu yang mudah di pelajari dan senang di tulis dan di fahami.
As-Salam.
ReplyDeleteMasih lagi masih diselamatkan. Bahasa Jawi di sesetengah tempat di Kedah, Perak, Penang masih ada yang digunakan sebagai papan tanda nama jalan, nama kampung, nama masjid, ini adalah kerana pihak berwajib cuba menyemarakkan kembali penulisan jawi.
Bukan tiada usaha, malah sisipan dalam Utusan Malaysia masih lagi ada untuk dijadikan bacaan dalam tulisan jawi.
Jika ingin memartabatkannya, penggunaannya perlu meluas. Kempen sahaja tak akan menjadi jika perlaksanaannya lemah.
Keberjayaan sesuatu mestilah bermula dari bawah. Jadi, kumpulan sasaran seperti pelajar sekolah mestilah dijadikan asas untuk mengukuhkan kembali penggunaan tulisan jawi ini. Dari situ, akan bermula satu titik permulaan generasi baru yang lebuh peka dengan tulisan jawi ini. Dan usaha ini perlu konprehensif, perlu digunakan dengan sebaiknya, perlu ditekankan dengan sedalam-dalamnya.
Jika bukan anak-anak ini yang memulakannya, generasi akan datang akan terus lupa akan wujudnya tulisan ini.
terima kasih.
sekarang ni kalau baca tulisan jawi dah tak lancar macam dulu lagi.
ReplyDeletedulu laju je baca sebab sekolah agama kitab dia guna tulisan jawi.
dah naik sekolah menengah, buku teks memang bahasa jawi.
tapi ustazah lebih galakkan pakai nota je.
nota pulak tulisan rumi.
periksa pun tulisan rumi.
sadissss.
Amat terkilan dengan kepupusan tulisan jawi pada hari ini. Masa zaman sekolah2 dulu, praktis baca jawi melalui akhbar utusan melayu (tulisan jawi) tapi sekarang surat khabar itu pun dah tak ada sekarang.
ReplyDeletePatut dihidupkan semula tulisan jawi ini, selain menjadi penghubung bagi bangsa nusantara ini, juga memudahkan kita membaca al-quran dan hadis...
follow anda kembali.. =)
ReplyDeletesemua org kena ambil berat pasal benda ni..klu tdk ianya akan pupus. kena ada kempen peringkat nasional utk tingkatkan kesedaran ramai.
ReplyDeleteSebaiknya jawi ni patut diajar dari kecik lagi.Contohnya macam saya dulu, ibu bapa selalu beli buku cerita dalam jawi.Nak tak nak..memang kena belajar.Lagi satu, kepentingan sekolah agama rakyat ( saya tak pasti kat area KL ni masih banyak atau tak )Dulu lepas habis sekolah harian biasa, ibu bapa saya akan hantar saya ke sekolah agama rakyat ( sesi petang ) Dari situ saya belajar dan menulis dalam jawi dengan baik
ReplyDeletejawi merupakan warisan bangsa Melayu...kat TERENGGANU masih lagi menggunakan BAHASA JAWI....borang nak nikah pon JAWI......kerajaan pong masih menggalakkan penggunaan tulisan JAWI kat KEDAH,SABAH di papantanda tapi tidak sampai mewajibkan......CIKMALA rasa kena mempertingkat penggunaan tulisan JAWI nie di sekolah..
ReplyDeleteKuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini.
CIKMALA rasa,Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan?
dop g2!!!....hehehehe,,,,berpolitik pulak CIKMALA nie.
سلالو اورڠ اڠݢڤ سوسه نق باچ تولسن جاوي سبب اياڽ تياد باريس. سبنرڽ د سيتوله لتقڽ کايستيميوأنڽ.
ReplyDeletesekarag ni arus permodenan semakin pesat berkembang sampaikan pembelajaran jawi semakin hilang..terkesan di hati tgk article kat atas tu
ReplyDeleteSalam Darling...
ReplyDeleteCiM suka membaca jawi dan alhamdulillah masih lancar walaupun suku kata telah diperbaharui. Banyak perkataan yang telah dibuang huruf alif. Mula-mula dulu tak biasa juga, tapi bila dah selalu maka dah jadi terbiasa pulak.
Lagi pula sekarang ni Utusan Melayu dah tak keluarkan akhbar penuh tulisan jawi, kita cuma boleh dapatkan sisipan sahaja. Kenapa yeaaaa? Tak ada sambutan ker, tapi kalau kat bahagian kampung terutama Felda, akhbar jawi ni laku tau. Atau dah tak ada orang yang mengelolakannya...mustahillah.
Harap tulisan jawi ni diperluaskan penggunaannya. Kalau kita perasan ada juga taman-taman perumahan yang meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalannya. Dan kalau saya tak keterlaluan, boleh dikatakan budak-budak yang berasal dari Johor pasti boleh membaca jawi dengan lancar kerana kebanyakan dari kami bersekolah agama rakyat.
Darling Ayuni...
ReplyDeleteCiM nak tambah sikit, cuba search google mengenai Pak Matlob. Ada banyak article mengenai tulisan jawi yang boleh diguna pakai untuk rujukan.
Dekat negeri terengganu memang banyak tulisan jawi. agak susah nak dpt surat khabar yang bertulisan jawi sekarang. memang patut diadakan kempen preserve jawi :)
ReplyDeleteAlhamdulillah akak masih lancar membaca dan menulis jawi..
ReplyDeletekat trg mg banyak signboard/papan iklan dlm bahasa jawi.
eh mane tulisan jawii ni nak komen guna tulisan jawiii hihi
ReplyDeletei'd love to learn how to read and write Jawi. bagi saya, bahasa Jawi adalah bahasa yang mudah dipelajari dan digunakan sepanjang zaman dengan kaedah yang dicipta.
ReplyDeletedear, mmg kat ganu byk tulisan jawi, and kalau kelate rasanya kalau signage or signboard memang kena letak tulisan jawi skali.
ReplyDelete